Thursday, July 14, 2011

::uichhh, kejam sangat tu::

 kalau laa boleh buat keputusan ikut kata hati, kan best.. tapi masalahnya tak boleh.. arwah ayah selalu pesan, ''jangan ikut kata hati sebab ikut kata hati, mati" so dari situ sy jadi takut kalau nak buat keputusan ikut kata hati neh.. takut kot kot keputusan tu salah and lastly sy yang menyesal.. so selalunya keputusan yang sy buat tu based on other feeling.. sebab? sebab tak nak orang laen sakit. 

kadang kadang terasa dunia ni kejam bukan?? ke sy yang kejam actually? humm dont know.. maybe betul kot sy yang kejam.. haishh, kalau diberi peluang, banyak benda or keputusan yang sy nak buat without care other feeling.. especially dalam keadaan SEKARANG ni(keadaan yang tak berapa nak 'waras')

ade 2 benda yang sy nak buat sangat sangat time sekarang ni.. 2 je, tak banyak.. 1st, nak tinggalkan orang yang tak menyelesakan sy.. so dengan selamber je sy nak cakap kat mereka 'tolong jangan kacau sy dah lepas ni boleh tak? sebenarnya, sy tak selesa dengan awk'  2nd, nak tinggalkan orang yang tak menghargai sy macamana sy pernah hargai dia dulu.. dengan selamber cakap kat dia, "sorry, sy dah penat dengan sikap awak.. maness semua awk dapat, sebagai balasan, 'pahit' habuan sy.. leave me alone and please, dont ask me WHY, just follow what i want" huhh! gamak ke? tak gamak kot.. gila kejam..

huaaa... gila best laa kalau dapat cakap macam tu.. tapi tak boleh, sy tak nak orang kecewa disebabkan sy, so terpaksa telan.. telan and telan.. tak pe, tak pe, sy dah biasa.. cuma kalau ade yang rasa sy dah laen, im so sorry laa.. sy bukan robot.

haa, tapi dalam hal ni sy tak salahkan sesape pun.. i put the blame on me.. so dont worry.. u always right.. sy just meluahkan ape yang terpendam selame ni je.. sorry, sy tak de tempat 'yang paling sesuai' nak dishare, so share kat sini lorhh.. 

-sy tengah belajar untuk letakkan semua salah atas diri sy sendiri-


that all
When I cry at night, the only thing I can think to myself is, how can I seem so perfectly fine in the morning.. Why do I smile like nothing is wrong? And how does not one single person notice that I'm not okay?

::temporary feeling::

ok malam ni let discuss bout "TEMPORARY FEELING"
ape yang dimaksudkan dengan temporary feeling actually? ok temporary feeling ni sebenarnye perasaan MINAT kita pade sumone bila pertama kali kenal dengan that person atau nak lebih pahamnye, let say, kita beli something, memula kompom gila sayang kan? jage bagai nak rakk! tapi lama lama bila benda tu dah buruk, dah tak lawa, kita mesti abaikan? m i right? so paham teorinya sekarang? 

temporary feeling ni BUKAN perasaan CINTA tau.. it is more to SUKA.. kita suka dia.. so kita nak dia jadi kawan kita.. nak selalu ada sebab dia sorang je yang baru muncul dalam kotak hati kita.. selalunya, temporary feeling ni terjadi kat sorang je.. susah nak pindahkan kat orang laen, so kita akan avoid untuk berkenalan dengan orang lain.. cewahhh!! konon kononnya cintaa bagaii la tuh? haiyaaa~ temporary feeling boleh berubah pada orang laen but it will takes a lot of time.

sekali kita terjebak dengan temporary feeling, memang susah nak berpatah balik laa.. macam biasa, it takes a lot of time untuk mengatasi perasaan tu.. kalau dapat atasi that temporary feeling tu pun dengan cara, kita kenal someone else.. so yang lama tu kita lupakan.. well........ dah nama pun TEMPORARY FEELING kan? (angkat angkat kening) 

normally, temporary feeling ni akan terjadi bila kita baru lepas break.. hadoii! dugaan tu dugaan.. sebab ape? sebab lonely.. you are lonely and need sumone just like your past to care about you.. so sesedap anggur je kita TERjatuh hati kat sumone.. perlu diingatkan lagi, HELLO!! itu just  YOUR TEMPORARY FEELING je okey.. so just give your heart a space.. ok je kalau jadi single in long term.. thats nothing to be shamed.. and remember, jangan nak cuba mengorat orang laen kalau kita still sayang kat EX kita tu ehh.

macam mana kita nak deal dengan temporary feeling??
ohh sangat susah.. nak halau perasaan yang dah sebati dengan jiwa it tOo hard to do..cuba kenal dengan someone else tu bukan cara terbaek sebab you already crush on him and u can only see him in someone else eyes.. so biarkan je temporary feeling ni dalam hati kita.. lama lama nanti bila dah tiba masanya, insyaallah perasaan tu akan hilang.. dah nama pun temporary, so its will gone sooner or later..

tapi kalau tak hilang jugak, that mean bukan temporary feeling laa tuh.. tu cinta laa maknanya kot.. tapi untuk tentukan perasaan tu temporary feeling or cinta, make sure perasaan tuh akan stay ngan kita lama lorhh.. 3bulan.. 4 bulan.. 5 bulan.. sanggup tunggu? kalau sanggup, ok laa tuh.. gud luck! hekhekk =))



p/s : jangan salah or marahkan seseorang tu kalau cinta anda tidak dibalas serta merta.. kerana ia mungkin hanya temporary feeling.. who know rihgt? so chill ok.. kalau dah dia ditakdirkan untuk anda, insyaallah, at last dia tetap akan jadi HAK MILIK anda.. <3 

Friday, July 8, 2011

::sudikah kau::

Sudikah kau menjadi peneman di kala suka dan duka ku,
 agar 1 hari nanti,
 jika ujian itu datang lagi,
 ada kau sebagai penyejuk hati.

 sudikah kau menjadi semangatku,
 agar bila aku kelemahan,
 kau ada memberi bantuan,
 walau hanya sekadar senyuman.

sudikah kau menjadi sahabat ku,
 mendengar luahan hatiku, 
agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu,
 tanpa rasa ragu.


"HADIRLAH Kau untuk KEMBALI  menjadi penemanKU"



Wednesday, June 29, 2011

::DIA sahabat atau kekasih::

sahabat atau kekasih
dua peranan yang pastinya berbeza
namun jika diberi pilihan
pasti sukar untuk memilih antara dua itu

tanpa ku sedar
aku mula terkenangkannya
sahabat itu... yang telah berlalu pergi
berlalu pergi tanpa soal bicara

dulu, kamu tempat aku melepaskan hiba
dulu, kamu tempat aku bergelak tawa

kini, tiada lagi semua itu
kini, ia hanyalah secebis kenangan

namun aku tidak pernak mengalah
masih menanti kepulanganmu disisi
biarpun seberapa lama menanti
kerana ikatan ini haruslah abadi


"kembalilah bertaut ditangan ini"



::mengimbas 'buku' lama itu::

teringat semalam.. tersenyum sendiri.. tertawa pabila teringatkan kenangan itu.. terasa seperti didalam mimpi.. tidak menyangka akan wujudnya kisah itu.. kenangan itu yang masih tersisip rapi di sudut hati..

biarpun hari ini semuanya telah berlalu, ia tetap bermain difikiran.. masih terasa.. masih menyala rasa itu.. owhh! kenangan itu indah sekali..

kagum? yaa sangat kagum dengan percaturan Yang Maha Esa.. Dia yang menjadikan jalan cerita ini.. aku yakin, akan ada sesuatu disebaliknya.. sudah pasti aku sebagai "pelakon" itu.. berlakon dipentas dunia sendiri semata mata untuk merungkaikannya..

aku bersyukur kerana diberi peluang melalui semua ini.. aku yang dipilih DIA..

"Kenangan akan tersimpan rapi di situ....."

Tuesday, June 28, 2011

::benci itu perlukah?::

Jejaka : Sudah pasti kamu membenciku sekarang ini bukan... aku telah menyakitimu... maafkan aku... (wajah yang penuh kekesalan...)
Gadis : Tidaklah... aku tidak pernah membencimu... dan akan terus tidak membencimu... biar manapun arah kita selepas ini...  (menjawab tenang sambil tersenyum...)

Sahabat : Kau mesti menyampahkan dengan dia tu sekarang ni... mesti benci gila kan... kalau aku laa... hmm... tatau la nak cakap macam mana...
Gadis : Erm... aku tak benci dia pun... dia manusia biasa yang pasti tersilap... aku juga turut bersalah dalam hal ni... (senyum...)

Sahabat : Alaa... tipu laa kau tak rasa pape... mesti kau ada agenda lain ni kan... hmm... tak percaya la aku, kau tak benci dia... (sambil memandang sinis...)
Gadis : Maaf... aku tak mampu membenci kerna aku tidak layak membenci sesiapa...(kecewa kerna dituduh punya agenda lain...)


Termenung seketika Si Gadis memikirkan tentang dirinya... tidak waraskah aku ini... setelah bermonolog sendirian... akhirnya ketemu jawapan yang pasti...

Bukanlah Si Gadis itu tidak waras... tetapi akibat waraslah dia tidak mahu membenci... kerna bagi Si Gadis benci itu menyakitinya... ya... pernah dia hadapi satu masa dulu... menjadi pembenci... tetapi balasannya... jiwanya jadi sakit... hatinya jadi parah... Lantas... Si Gadis cuci hati dari benci...

Siapa kita hendak membenci ciptaan-NYA... kamu membenci orang yang menyakitimu... apa kamu tidak pernah menyakiti orang lain... fikir-fikirkanlah... manusia tidak pernahnya sempurna... ada salah silap yang tidak mampu kita elakkan... ini ritma kehidupan... masing-masing punya jalan cerita sendiri... yang telah digabungkan di alam ini...



::Lepaskanlah::

Manusia bisa sakit...
Manusia bisa hiba...
Dalam atau luar...
Sakitnya tetap terasa...

Carilah jalannya...
Ubatilah ia...
Jangan disimpan...
Jangan dipendam...

Menangislah...
Lepaskanlah...



Saturday, June 4, 2011

::what should i do::

I'm Not Angry Because We Broke Up,
I'm Sad Because I Can't Let You Go..

I'm Not Angry At You For Not Loving Me,
I'm Angry With Me For Still Loving You..
...
I'm Not Angry That I Lost You,
I'm Sad Because I Once Had You..

I'm Not Angry That I Can't Have You,
I'm Sad Because I Know What I'm Missing..

I'm Not Angry That You've Moved On,
I'm Sad Because I Can't..

I'm Not Angry That You Won't Come Back,
I'm Sad Because I Keep Hoping You Will..

I'm Not Angry Because I Hate You And Don't Want To,
I'm Sad Because I Miss You And I Love You..!



tiada kena mengena dengan sesiapa
cuma tertarik akan gambarnya sahaja
 sangat sweet.. sangat comel
TQ

Monday, May 23, 2011

::Nur Kasih The Movie::

Assalamualaikum
yeayy! akhirnya saya dah pegi tengok NKTM.. sangat seronok.. terharu tengok cinta manusia kepada Allah & cinta manusia sesama manusia.. ini baru dikatakan CINTA.. yup! terbaekkk!

meh sy story jalan cerita tu dengan secara kasarnya yaa.. cerita Nur Kasih bermula dengan kesedihan Aidil sebab isteri dia Alia meninggal dunia.. tak lame lepas tu, Adam pulak dapat berita gembira sebab Nur mengandung.. tapi yang malangnya, tiba tiba Nur keguguran.. lepas tu Adam akhirnya buat keputusan untuk bawak Nur pegi bercuti kat Jordan.. tapi malang tak berbau sebab Adam & Nur terlibat dengan kecelakaan namun alhamdulillah dorang terselamat.. mase kemalangan tu cincin Nur tertanggal dan hilang, lepas tu Adam nekad pegi balik tempat kemalangan untuk cari cincin Nur yang tertanggal mase kemalangan tu.. malangnya, Adam pulak hilang sebab ribut melanda.. dalam diam, Adam sebenarnya tak berape sihat sebab dari kejadian yang kat mumbai dulu tu(dalam drama bersiri)

so start dari situ laa dugaan bertimpa timpa Tuhan bagi kat Nur & Adam.. nak tawu ape dugaan dugaan tu? haa... tak boleh laa cerita kat sini.. kalau nak tawu, tengok filem tu sendiri.. tak rugi pun.. banyak pengajaran yang ade dalam filem tu.. serius... =))

dialog yang paling menyayat hati sy ialah 
"ku mohon padamu Ya Allah, ambil lah apa saja dari ku, kecuali NUR"
:') 


adam : ni lukisan nur ke lukisan abang?
nur : lukisan kita berdua.
adam : bukan berdua nur tapi bertiga.





lastly, cerita ni adalah persembahan yang bukan je mantap untuk hiburan, tapi sebagai renungan diri, betapa tingginya nilai seseorang di mata kita dan betapa tabahnya mereka menghadapi dugaan Yang Maha Esa. 

Sunday, May 22, 2011

::takziah diucapkan::

Assalamualaikum
humm, pertama sekali marilah kita dengan seikhlas hati sedekahkan al-fatihah kepada mangsa mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ruman Anak-anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat.. seperti yang kita tahu, seramai 25 orang yang terlibat dalam kejadian tersebut & mereka terdiri daripada anak-anak yatim, warden dan kakitangan Madrasah Al-Taqwa itu sendiri..

tadi sy dengar berita terkini tv3 pukul 11malam melaporkan 9 mangsa telah maut, manakala 9 lagi terselamat.. jumlah mangsa adalah 25 orang.. bermakna, masih ada lagi mangsa yang tertimbus.. sama sama lah kita berdoa agar misi mencari dan menyelamat berjalan dengan lancar.amin~

sedikit gambar ditempat kejadian untuk dikongsi bersama





kepada yang telah meninggal dunia, sy mendoakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan yang terselamat, semoga tabah menghadapi dugaan.. amin

Al-Fatihah

Friday, May 20, 2011

::senyum itu indah sebenarnya::

Assalamualaikum & Selamat Pagi
jam sekarang tepat pukul 0530.. still tak tido ke? eh, ehh kali ni bukan still tak tido, tapi dah bangun lorhh.. haa awal kan? selalunya kalau entry time time macam ni, mesti kes tak tido lagi kn? tapi kali ni dah bangun dah kot.. mesti tak caye kan? haa ni la penangan SENYUMAN.. hebat bukan?

before ni kalau sy bagitawu kat orang yang sy tak boleh tido malam, mesti dorang tanye "awak fikir ape ila? awk ok ke ni?" sekarang baru sy tawu, kenapa kalau tak tido malam je mesti orang kaitkan yang kita ade masalah or tengah pikirkan sumting.. memang betoi pun benda tuh.. dulu yang tak ley tido tu sebab hati ni tak senang pikir itu ini.. tapi alhamdulillah semalam pukul 2330 dah tido dah..

sy TENANG sangat sekarang dan yang paling sy suka, sampai sekarang sy maseh mampu tersenyum.. senyum tu pengubat segala masalah kan? tapi kalau nak senyum, kena laa ikhlas, insyaallah kita akan rase tenang.. actually senang je nak senyum neh.. ape yang diaperlukan ialah KEKUATAN DIRI yang secukup rase.. hekhekk.. kalau diri kita dah cukup kuat and redha dengan sesuatu perkara, insyaallah kita mesti mampu TERSENYUM, TERSENYUM dan TERUS TERSENYUM.. macam sy ni hah.. ngee~ =))
senyum itu maness bukan?

alhamdulillah sy bersyukur sangat sebab sy dah kembali kepada DALILA yang DULU.. Dalila yang si kuat tu.. Dalila yang penuh dengan sikap BERDIKARI dia tu(ade masalah ke tak de masalah ke, mesti belajar hadapi semua tu sorang diri) & Dalila yang selalu jadi penguat semangat kepade sape sape je yang tengah down.. yaa, dulu orang selalu cari sy kalau dorang down.. cari bukan untuk ape pun, cari sekadar nak berkongsi masalah & need some surport untuk "bangun" semula. 

 sekarang sy SELESA dengan apa adanya sy.. sekarang, sy BAHAGIA dengan kehidupan sy.. sekarang sy TENANG dan mula REDHA dengan semua kenyataan.. tentang ape yang dah pernah terjadi dulu, sy akan amek sebagai pengajaran dan pengalaman untuk terus mematangkan diri.

BANGUNNNNNN!!
Dah Pagi Lah
=))

Thursday, May 19, 2011

::teringat::

sy senyum.. iyaa, iyaa, tersenyum bila teringat kenangan kenangan yang lepas.. iyaa, iyaa, tersenyum bila teringat cara layanan dia.. iyaa, iyaa, sangat seronok.. sangat bahagia.. 

macam mana boleh teringat? humm tadi dah tak tahu nak berbuat apa, sy pun pergi wall dia.. jalan jalan kat wall dia dari atas sampai laaa bawah bawah .. tiba tiba ternampak post yg saya pernah post kat wall dia DULU.. then sy pun baca baca baca.. sambil baca sambil tersenyum.. sekarang pun masih tersenyum.. lalu sy abadikanlah dalam blog ni.. bukan apa, cuma mahu menyatakan yang sy teringat.. teringat masa dia maseh ada dengan sy.

saya hanya teringat
&
sedikit rindu

seorang kawan pernah berkata, rindu itu anugerah dari Allah.. jadi, sy sangat berterima kaseh kepada Allah kerana telah menganugerahkan sy rindu ini.. tak pa, tak pa, walaupun sedikit sakit, sy tetap terima.. kerana, sakit inilah yang akan menguji tahap kesabaran dan keredhaan sy terhadap sesuatu ujian. 


Alhamdulillah,
maseh tersenyum

 cuma
::sayarindukitayangdulu::

Monday, May 16, 2011

::Yeayy! TAHNIAH kepada saya::

humm baru sy tawu betapa benilainya seorang TEMAN.. sy sedar tingginya nilai seorang teman after sy hilang dia.. yess! dia.. cerita dia yang selama ni sy abadikan dalam post post yang lepas.. yess! dia laaa teman sy.. mesti ade yang ingat dia kekaseh buah hati cinta mati sy kan? hohOo no laa.. kami sekadar ''teman''.. relationship kami pun berlandaskan atas nama "NO NAME" tapi honestly sy SAYANG dia sangat..


teeettt!! eh, ehh, entry kali ni bukan sebab dia lohh.. entry kali ni totally bout me.. yup, Dalila Halim.. tapi ade laa selit sikit sikit tentang dia sebab dia laa punca sy macam ni dan disebabkan dia jugak laa ending sy jadi macam ni.. then kalau boleh entry kali ni sy tak nak karang panjang sangat.. nak cuba karang biar pendek tapi padat.. belum ape ape dah dua perenggan.. (pendek dan padat laa sangat) hahaha.. tu laa pasal.. adoii~

ok laa.. actually sy just nak bagitawu yang sy dah ok.. sangat ok.. lame jugak sy tunggu dia.. lame jugak sy perhatikan dia.. cume satu je yang sy harapkan dari dia, sy cuma nak dia jadi kawan sy balik even tak dapat jadi teman pun.. tapi until now, dia tak datang datang pun.. so sy dah sedar, maybe dah tibe masenya sy lepaskan dia.. ye, entry sy yang sebelum ni memang sy ade cakap sy lepaskan dia tapi hati ni still tak lepas kan.. 


alhamdulillah satu dua malam yang sudah, sy dah pun BERJAYA lepaskan dia.. bukan dari segi akal tapi hati ni pun dah lepaskan.. yaa, maybe dia bukan lagi untuk sy.. maybe dia dah jumpa sumone yang leih better dari sy untuk dijadikan teman.. tak pun, maybe dia dah ade sumone special, so untuk ape lagi dia stay ngan sy even sekadar kawan pun kan..

before ni sy penah cakap kat sorang kawan, sy cakap susah sangat nak lupakan dia.. then kawan tu cakap, memang susah sebab sy tak pernah bagi peluang pade orang laen untuk jadi teman sy.. pade mulanya sy nafi sekeras keras.. sy cakap, sy dah cuba cari kawan laen.. dah cuba bukak hati untuk terima kawan laen tapi dorang tak same macam dia.. then bila pikir pikir balik, mane ade orang yang same kat dunia ni.. sedangkan kita sendiri pun ade perubahan, inikan pulak orang laen.. so dari situ laa sy cuba bukak hati ni untuk berkawan berkawan dan berkawan  and alhamdulillah, sy dah boleh terima kawan baru sy..

tapi, kali ni sy akan lebih berhati hati.. sy tak nak terlalu sayang kan kawan baru sy macam mana sy pernah sayangkan dia sebab sy tak nak "SAKET" untuk kali ke dua, kalau satu hari nanti mereka pun hilang tanpa berita macam mana awak hilang and tinggalkan sy..

pade si awak : ape ape pun, terima kaseh sebab penah jadi TEMAN sy dalam jangka masa 6bulan tu.. sy mintak maaf sebab sy tak sanggup tunggu awk selame mane awak tunggu sy.. sy dah saket laa awk.. penantian tu satu penyiksaan.. sy pun nak mintak maaf sebab ego sy dah mula terbentuk.. by the way, THANKS A LOT

hidup ni hukum karma kan? what u give u get back.. what goes around comes around.. sy amek ape yang jadi kat sy ni sekadar KARMA UNTUK SY.. then, pade sape yang dah TERluka n TERsakiti sy dengan care sengaja mahupun tidak sengaja, dengan penuh keikhlasan sy berdoa pada tuhan supaya anda tak kan disakiti seperti mana sy disakiti.. sy harap Tuhan makbulkan doa sy ni..  amin~



pada kawan kawan saya, 
terima kaseh sebab jadi kawan saya taw
-ohh anda sangat mengong, sangat sporting-


Sunday, May 8, 2011

::EMAK::

tanggal 1/6/1962 seorang bayi perempuan telah lahirkan kedunia.. lahirnya beliau diiringi dengan bunyi tangisan.. lahirnya beliau diiringi dengan senyuman serta hilai tawa masyarakat sekeliling.. lahirnya beliau diiringi dengan azan yang dikumandangkan halus ke telinga dengan penuh kaseh sayang seorang insan yang bergelar ayah.

semakin hari, semakin jauh langkah diaturkan.. dari hanya sekecil tapak tangan, sehinggalah beliau bergelar remaja.. setelah tamat zaman remajanya, beliau melangkah setapak kehadapan untuk bergelar seorang isteri dan alhamdulillah, beliau berjaya mendirikan masjid dengan seorang insan yang sangat menyayanginya..

namun langit tak selalunya cerah.. ditengah perkahwinannya, Tuhan telah memberi sedikit dugaan.. mungkin dugaan itu adalah untuk menguji tahap kesabarannya sebagai seorang isteri kepada suaminya.. beliau telah dihadeahkan ''payung emas'' namun beliau masih utuh masih kuat untuk terus pelihara masjid yang telah dibina walaupun ada yang 'menumpang'.

disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. NOVEMBER 2003 lagi sekali Allah s.w.t telah mengujinya apabila dalam sekelip mata suami tercintanya telah kembali ke rahmahtullah sekaligus hilang dari pandangan dunia.. terkapai seorang insan yang kini bergelar balu untuk terus berdiri dan melangkah semata-mata ingin membesarkan kesemua 8orang anaknya.. demi kaseh sayang dan tanggujawab seorang ibu, beliau berjaya membesarkan kami.. 


EMAK
(Norizan bt Hashim)

 engkau yang telah melahirkanku
engkau yang telah mengasuhku
engkau yang telah menyusuiku
engkau yang telah mendidikku

kaseh sayang engkau tidak ada batasnya
kerana engkau tidak jemu mencurah kaseh
walaupun aku pernah berbuat salah
tetapi engkau selalu memaafan kesalahanku

engkau adalah hidupku
engkau adalah nadiku
engkau adalah nyawaku
engkau adalah duniaku
aku hidup KERANAMU 

engkaulah insan yang bergelar EMAK

betapa besarnya jasamu padaku 
aku akan terus menyayangimu bonda
 dulu, kini & selamanya

Terima Kaseh Untuk Segalanya
::Selamat Hari Ibu::

Friday, May 6, 2011

::duapuluhringgittujuhpuluhsen::

hehe... adehh macam mane nak start ye? maluu laa pulokk.. (ila, plzz berhenti dari terus senyum) opsss!! iyee iyee.. x senyum dah.. ngee~ cerita yang sy nak cerita ni terjadi petang semalam.. actually nak buat entry ni malam tadi tapi entah tibe tibe mood malam tadi bertukar jadi moody, gile bapak punya sedeh. (takpasalpasalmalamtaditidobertemankanairmata)


ceritanye macam ni
semalam lepas balik dari college, kami(sy, iqa n kama) terus pegi workshop sebab kereta ade problem sikit.. lepas settle, kami pun singgah laa kedai makan.. yelah, sebab sehari suntuk tak makan kot.. lapar gile.. then, sy pilih nak makam kat kedai SALATHAI.. telur bungkus dia sedap sehh..

kami pun order makan
org amek oder : minum ape?
sy : sy nak tea o ais 
(iqa & kama pun amek air yang same)
org amek oder : makan?
sy : bagi sy nasek puteh then buat telur bungkus 
(iqa & kama pun amek menu yang same gak)

pelik tak? kenape semua amek menu same?
sebabnye.... time tu kami ade rm20 je.. so tak nak amek menu yang harge dia berbeza takut nanti tak cukup duit.. lagipun kami memang dah terbiase kalau nak pegi college memang tak bawak pape.. duit tak bawak, wallet pun tak bawak.. melenggang bawak buku je.. entah macam mane semalam sy ngan kama masing masing bawak duit rm10 sorang.. memandangkan iqa malas nak balik hostel amek duit, sy pun cakap tak pe laa.. gune je duit yang ade.. rm20. tak kan tak cukup untuk bayar tiga orang makan kot.. amek pulak menu yang same.. kompom cukup lah.. confident gile.. gamble jer..

then dah selesai makan, sy pun suh laa abang tu kire.. 
tibe tibe dia bagitawu
dua puluh tujuh puluh sen

hahh?? berape?? rm27?? 
 iqa & kama terkejut beruk.. sy? sy macam biase je.. im a cool person kan.. so relax je laa(sebenarnye cuak gak, tapi dah terbiase wat wat relax.. maybe sebab sy bukan jenis cepat latah kot) lagipun time tu sy dengar macam abang tu cakap rm20.70 bukan rm27.00.. tu yang boleh relax je lagi.

then abang tu ulang ''dua puluh ringgit tujuh puluh sen'' haaa baru lega.. tapi kat kami mase tu ade rm20 je kot.. nahh!! gelabah member(iqa) pegi cari duit dalam kereta.. tibe tibe iqa buat isyaray yang dalam kereta dia tak de duit.. pulakk, lagi sekali tersentap.. time tu nak tegelak sangat tengok reaksi muka kama.. sy tawu time tu dia cuak tapi dia cover.. even cover pun, still nampak muke gelabah dia.. haha! 

assudohh... mane nak cekau lagi tujuh puluh sen? cari punya cari, tengok tengok ade duit sesat dalam kereta .. so dengan muka agak lega & agak bangga, kama pun bayar.. masuk je dalam kereta, kami pun ape lagi.. gelak laa tebahak bahak.. huhh...... thanks god.. kalau tidak tak tawu laa macam mana nak face abang tu.. kompom maluu... (- - )

Alhamdulillah
TUHAN TU SENTIASA ADA

p/s : moral of the story, kalau agak agak tak bawak duit lebih, jangan laa nak ade neat makan luar.. naseb baek naseb kami petang tu baek.. kala tidak.....?? haa... :)

::i wish::

everyday i wish you were here with me
it hurts that you can't be
if i could turn back the hands of time
you would still be mine

everyday i wish i could have known you better
so i cherish the time we had together
instead of thinking of you been gone
while i'm here all alone

everyday i wish i could call you
so that i could have someone to talk to
but maybe someone took you away from me
and all i can say is

''SAYA MASIH SAYANGKAN AWAK''
&
''SAYA MASIH PERLUKAN AWAK''

~ mishyuu much ~
(-- , --)



Wednesday, May 4, 2011

::andai itu yang terbaek untuk mu::

aku cuba untuk mengerti
aku cuba untuk fahami
kini, segalanya ku mengerti
kini, segalanya ku fahami
(walau terpaksa merana diri)

walau masih lagi keliru,
akan ku biar ia berlalu.
walau masih terasa ragu,
akan ku cuba hapuskan ragu itu

jika benar diri ini pernah disayangi,
janganlah aku terus dilukai.
jika benar diri ini tidak mampu disayangi lagi,
akan ku CUBA melangkah pergi

cuma sedikit terkilan dihati,
kerana diriku digantung tak bertali
cuma satu pinta dihati,
jangan terus biarkan aku sebegini.

tapi, 
andai itu yang terbaek untuk mu,
aku relakan ia terjadi
andai itu yang terbaek untuk mu,
aku relakan kau pergi
andai itu yang terbaek untuk mu,
aku rela kembali menyendiri

- menanti sebuah jawapan -





Tuesday, May 3, 2011

::haHahaHa::

hahahahhaha

kuang kuang kuang
gelak? ermm gelak kot, tak pun senyum.. kuat? ermm tak kuat, sebab tak de bunyi pun.. happy? ermm happy kot tapi tak tawu happt ke tak..  frust? frust ke hah?? kalau frust, kenape boleh hahaha pulak kan? hehe.. entah laa.. tak tawu nak describe macam mane.. tibe tibe terase nak gelak gelak.. senyum senyum.. sengeh sengeh.. adehhh geli hati geli hati..

kompius? heran? pelik? 
hari ni kan hari pertame sy final exam.. first paper is marketing.. sebenarnya, yg hahaha tu adalah perkara pertama yang sy buat lepas melangkah keluar dewan.. hanya mampu tersenyum.. hanya mampu tergelak KECIL.. actually soalan tadi sedikit susah laa.. eh, ehh silap, AGAK susah laa.. tapi sy tak tawu kenapa sy hanya mampu tersenyum.. nak kate frust, tak jugak.. nak kate happy, tak jugak.. nak kate serabut pun tak jugak.. perasaan sy sekarang?? ALHAMDULILLAH SANGAT TENANG 
(rase berbunga bunga)

TERtido dalam dewan exam
yeayy!! ni part yang paling best.. tido dalam dewan exam.. hebat bukan?? (jangan nak hebat sangat) alaaa, TERtido je pun.. mengantuk sangat sangat.. dah laa pagi tadi lepas subuh baru tido.. so no wonder laa boleh TERtido dalam dewan tadi.. tapi tak lame pun.. kejap je.. then, lagi satu part is, hari ni sy tak makan ape ape.. dah macam orang puase pulakk.. lepas habis jawab paper tadi, baru sy sedar yang hari ni langsung tak makan.. bangun dari tido pukoi 1030 pagi tadi terus amek notes then continue study.. so lupe pulakk nak makan.. lapar?? tak rase lapar pun. 

REDHA
humm so ape yang sy dah jawab tadi, sy tak nak fikir lagi dah, sebab dah habis dah pun.. just nak tunggu result je.. then untuk sekarang, sy just nak relax relax tido tido.. then malam nanti study paper for tomorrow pulak.. subject?? BIOSTASTISTIC!! actually sy tak berape minat ngan subject tu.. tapi tak pe, sy cube.. cube buat yang terbaekkk


hope sy akan terus tersenyum walaupun sy sendiri tak tawu ape punca sebenar yang menbuatkan sy tersenyum


Sunday, May 1, 2011

::mei sama dengan bulan lima::

Assalamualaikium

(pejam mate+tarik nafas)
macam mane nak start ye? sebenarnye sy tak tawu nak buat entry abaout what.. tak tawu ke? tawu kot.. tapi macam tak tawu.. tapi macam tawu.. kalau tawu kenape macam tak tawu.. kalau tak tawu, kenape macam tawu pulak neh?? hahh!! pulakkk!! parah parah.. pade sape yang 'kenal' sy, mesti dia tawu ape yang sy tawu & tak tawu ni.. mesti dia faham ape yang sy nak cube sampaikan.. 

ok ok.. sy cube sy cube
sebenarnye sy tak percaye yang hari ni dah masuk bulan lima.. pejam celik pejam celik. dah masuk bulan lima.. exam!! yess final exam.. rase macam tak nak amek exam ni..  tak nak tempuh pagi exam tu.. tak nak tempuh pintu masuk hall.. tak nak tempuh lepas jawab exam tu.. tak nak tempuh paper esoknya tuh.. semua sy tak nak tempuh(bkn xnk, tpi tkut xkuat)

 GUD LUCK
mungkin bagi sesetengah orang, ucapan gud luck tu tak bermakne.. tapi bagi sy, ucapan tu laa yang paling sy hargai.. sebab dengan ucapan tu laa sy kuat.. andai kate sy stuck time nak jawab exam, mesti sy ingat balik ucapan tuh then insyaallah sy cube 'bangun'.. bangun sebab ingat ade orang yang letak harapan tinggi kat sy..  bangun sebab ingat ade orang yang nak sy jawab semua soalan yang ade atas paper tuh.. bukan kate ucapan gud luck tu je, ucapan selamat malam selamat pagi tu pun sy rase bermakne and berharge sangat.. rase tak complete kalau tak dapat ucapan selamat malam selamat pagi tuh.. tapi........ humm... betul laa... kat dunia ni kan tak de yang kekal.. 

K.U.A.T
sy harap sy kuat walaupun 'penguat semangat' sy dah tak de untuk bagi semangat kat sy dua hari bulan lima ni nanti.. sy harap sy kuat walaupun 'penguat semangat' sy dah tak de untuk sy share ape yang sy jawab atas peper tu nanti.. sy harap sy kuat walaupun 'penguat semangat' sy dah tak de untuk pujuk sy kalau ade paper yang sy tak ley jawab nanti.. AMIN~


Saturday, April 30, 2011

::Perak vs Kedah::

Assalamualaikum

huhh ni tengah excited ni.. still terase lagi keExcitedtan malam semalam.. excited sebab ape? sebab dapat pegi tengok bola.. kat stadium lagi tu.. tengok live ok.. L.I.V.E.. kuang kuang kuang.. dapat rase tak, betape terujanye sy? hehe sweet memory.. 1st time in my life..

mula mula tuh serabut gak sebab tak tawu nak pakai baju ape and baju macam mane.. sebab ade yang kate mane ade orang tegok bola pakai baju kecik kecik ketat ketat.. nahh!! dah gelabah dah.. naseb baek ade t-shirt yg agak besar(laki pakai pun boleh) then dah tak de t-shirt kuning, sy decide pakai t-shirt hitam lah..  t-shirt hitam?? sokong ape? perak ke kedah? hummm for sure laa PERAK.. sy kan anak jati perak..

sesampainya sy kat stadium, tiket dah beli, sume dah ready tibe tibe plak rase malu.. Ya Allah.... punya ramainya kaum adam time tu.. tambah pulak mase tengah jalan nak amek port nak duduk.. humakkkaiii.. kiri kanan atas bawah laki.. kena pulak sorak bila lalu depan dorang.. huhh, rasa macam tak ade hidung.. cepat cepat check hidung, thanx god.. hidung sy ade.. 

lepas tuh time nyanyi lagu negaraku.. huaaaaa....... suke suke suke.. dengan banggenya bangun and nyanyi.. yelah, sebelum ni asek tengok kat tv je kan.. tak terase sangat.. lepas tu game pun start.. maen, maen, maen, tengok tengok.... nahh!! GOALLL!!! perak? hee.... bukan lah.. kedah yang jaringkan goal.. maen maen lagi, tengok tengok, GOALL!! perak? pun bukan.... kedah jugak.. tak pe laa.. rezeki kedah.. maen lagi...... tibe tibe, GOALLL!! pulakk.. goal lagi? perak or kedah?? kuang kuang kuang... KEDAH laa... hehe.. sabo je la.. so dah kedah dapat 3 goal, sy and yang laen pun melangkah keluar dari stadium tersebut(bca dgn nada sdikit hampa) tak tunggu sampai habis game pun.

tapi tak pe.. adat la menang kalah ni.. kalau dua dua nak menang, sape nak kalah, kan? so maybe semalam rezeki untuk kedah.. lagi pun penyokong kedah datang dari jauh.. so berbaloi laa.. tak kisah sape menang sape kalah pun sebab kita kan 1 Malaysia.. 

result keseluruhan

KEDAH 3 - 1 PERAK
TAHNIAH!!

sy happy sangat sebab dapat timba pengalaman baru
pape pun Perak sentiasa di hati




haishhh bila ntah nak dapat jadi capo
(jgn nk capo sgt)
joint ultras pun tak pernah
hahaha

^_____^



Thursday, April 28, 2011

::saya dah kena GAME::

(entry jam 6pagi.. tak tido lagi or dah bangun?? persoalannya)
Assalamualaikum 

humm sy dah kena game laa.. betul, sy tak tipu.. dua hari lepas, ade sorang hambe Allah ni add sy kat fesbuk.. tapi care dia laen macam sangat.. sampai la satu tahap sy approve dia.. lepas tu kami chat.. mase chat tu sy layan la dia elok elok(tpi x la TERLALU elok)sebab sy dapat rase dia tengah game sy.. sy tak mo la cakap kasar kasar sebab dia pun kaum hawa macam sy.. tambah pulak sy bukan jenis nak maen kasar ni..

so tak pe laa.. sy bagi dia maen gendang then sy menari.. dah geram sangat, sy wujudkanl laa SATU status yang sy rase agak kasar la jugokk.. status tu macam ni "jangan nak GAME AKU SANGAT LA WEHH!! haa kan dah marah.. jangan rosakkan mood saya boleh tak??" 

tak sampai tiga puluh minit status tu wujud, tibe tibe, duk tak duk, dia remove sy dari jadi friend then hantar message(fb)dia cakap dia tak kan gangu sy dah.. nahh!! tak ke pelik?? sy rase sy tak mention name sesape pun kat status tuh(sape makan cili, dia la yang terase pedas)dah jadi macam tu, lagi la sy syak yang sy memang tengah kena game..  neat dia nak maen sampai habis kot pastu tibe tibe TERinsaf agaknye.. hishh.. dapat ape ntah bile buat macam tu..

iyer, memang sy tak cepat marah.. memang sy banyak ikut kepale orang.. memang sy boleh dibawak melawak.. memang sy boleh huhahuha gelak.. memang sy boleh jage hati orang.. memang sy boleh spend time dengan orang.. memang sy boleh dengar cakap orang tapi sy ade 1 perangai yg dari dulu sampai sekarang sy tak boleh nak buang.. EGO!!  yup.. ego sy tinggi sangat(sy x bangge sy ade ego yg tnggi) kalau ego ni tak de tak pe.. tapi once ego dah tinggi, time tu tak payah laa nak explain ke, nak merayu ke.. i have no time to face that thing.

humm actually sy tak tawu same ade yang game sy tu dia ke bukan.. tapi hati sy kuat cakap yang sume tuh keje dia.. kalau sy salah, sy mintak sorry.. kalau awak rase sy kejam or saket dengan tindakan sy, sy mintak sory jugak.. kalau ego tu dah wujud memang susah sikit la nak slow talk neh.. tapi sy rase ade 1 jalan penyelesaian kot.. pade hambe Allah tersebut, kalau betul bende tu dia yang buat, why not dia mengaku je then say sorry.. itu pun kalau dia still nak kawan ngan sy laa..

sy tak hukum orang kalau orang tuh mengaku & mintak maaf sebab bagi sy sekali berkawan, selamanya tetap kawan.. sebenarnye sy tak suke nak hukum orang.. tak suke orang merayu merayu kat sy sebab sy bukan sape sape.. im just human being.. sy tak mo pun rayu rayu suh sy jawab call laa.. balas message laa.. lagi dirayu, lagi la tinggi ego ni.. sy tak nak banyak, sy just nak dia mengaku & insyaallah, kite akan jadi kawan macam dulu balik.. (sy xkejam mane pun)


awak nak relationship kita GAME OVER or nak TRY AGAIN??
awak pikir la mane yang terbaek ye



Wednesday, April 27, 2011

::andai gambar boleh berbicara::

Ya Allah.. sy tak tawu kenape dengan sy malam ni.. sy tak tawu ape dah jadi kat sy hari ni.. sy tak tawu nak share dengan sape.. sy tak tawu nak cari sape.. ape yang sy mampu is, hasilkan entry ni.. sy ingat nak luahkan kat sini tapi tibe tibe sy tak boleh nak teruskan.. sy jadi  

stuck!! 
blank!! 
zero!! 







sy harap, gambar gambar kat atas tu dapat jelaskan perasaan sy sekarang


I NEED YOU
right now




Sunday, April 24, 2011

::kenapa awak datang kat saya balik::

Assalamualaikum

tolong la awak.. tolong jangan seksa sy macam ni.. tolong jangan terus buat sy macam ni.. ape salah sy kat awak?? ape dose sy kat awak?? yang lepas tu lepas laa.. kenape macam ni.. best ke bile awak dapat buat sy 'sakit' macam ni awak?  agak agak, sampai bila awak nak buat sy macam ni hah?? plezz, jangan kejam sangat okey!!

kenape awak datang balik kat sy?? kan sy dah buang awak.. so stay away from me laa.. sy dah tak nak awak.. sy dah cukup kuat untuk terus melangkah.. tapi....... bila sy dah kuat, tibe tibe awak datang.. lepas tu awak hilang bile sy perlukan awak.. untuk ape awak buat semua tu??

awak tawu tak, yang kehadiran awak tu MENYAKITKAN sy?? awak tawu tak, yang kehadiran awak tu boleh buatkan sy LEMAH?? awak tawu tak, yang kehadiran awak tu boleh buatkan sy BINGUNG?? awak tawu tak, yang kehadiran awak tu boleh buat sy KECEWA?? awak tawu tak, yang kehadiran awak tu boleh buatkan sy TERINGAT??

sy merayu kat awak, TOLONGLAH pegi jauh jauh dari sy.. tolong laa awak.. sy nak exam ni.. 2 minngu je lagi sy punya final exam.. tolong jangan ganggu sy.. untuk mase sekarang ni saya TAK CUKUP KUAT nak face awk.. kalau boleh memang sy nak awak ade tapi kalau macam ni punya gaya, maaf, sy tak perlukan awak.. maafkan sy.. sy tak de niat nak buang awak.. sy terpaksa.. terpaksa untuk terus menjalani kehidupan seperti biase.. 

wahai awak SI PERASAAN RINDU,
tolong pergi dari hidup sy buat sementare waktu ni boleh tak?  tolong jangan terus buat sy merindu macam ni ekk.. pelizzzz~



missing someone isn't about how long its has been seen you've seem them or the amount of time since you've talk. its about that very moment when you're doing something and wishing they were right there with you



Saturday, April 23, 2011

::jom BERORIGAMI jom::

::KupuKupuKertas::


okey okey.. kalau sape yang tak tawu nak buat ape tuh, ape kata kalau kita berorigami.. kat bawah ni ade cara cara nak buat burung, ketam, katak, kalajengking and kupukupu... so jom kita cuba.. have fun.. 


- MERAK -


- BURUNG -




4- KATAK




 - KETAM -


- KALAJENGKING -


AND LASTLY


KUPUKUPU



SELAMAT MENCUBA
:)