Sunday, May 8, 2011

::EMAK::

tanggal 1/6/1962 seorang bayi perempuan telah lahirkan kedunia.. lahirnya beliau diiringi dengan bunyi tangisan.. lahirnya beliau diiringi dengan senyuman serta hilai tawa masyarakat sekeliling.. lahirnya beliau diiringi dengan azan yang dikumandangkan halus ke telinga dengan penuh kaseh sayang seorang insan yang bergelar ayah.

semakin hari, semakin jauh langkah diaturkan.. dari hanya sekecil tapak tangan, sehinggalah beliau bergelar remaja.. setelah tamat zaman remajanya, beliau melangkah setapak kehadapan untuk bergelar seorang isteri dan alhamdulillah, beliau berjaya mendirikan masjid dengan seorang insan yang sangat menyayanginya..

namun langit tak selalunya cerah.. ditengah perkahwinannya, Tuhan telah memberi sedikit dugaan.. mungkin dugaan itu adalah untuk menguji tahap kesabarannya sebagai seorang isteri kepada suaminya.. beliau telah dihadeahkan ''payung emas'' namun beliau masih utuh masih kuat untuk terus pelihara masjid yang telah dibina walaupun ada yang 'menumpang'.

disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. NOVEMBER 2003 lagi sekali Allah s.w.t telah mengujinya apabila dalam sekelip mata suami tercintanya telah kembali ke rahmahtullah sekaligus hilang dari pandangan dunia.. terkapai seorang insan yang kini bergelar balu untuk terus berdiri dan melangkah semata-mata ingin membesarkan kesemua 8orang anaknya.. demi kaseh sayang dan tanggujawab seorang ibu, beliau berjaya membesarkan kami.. 


EMAK
(Norizan bt Hashim)

 engkau yang telah melahirkanku
engkau yang telah mengasuhku
engkau yang telah menyusuiku
engkau yang telah mendidikku

kaseh sayang engkau tidak ada batasnya
kerana engkau tidak jemu mencurah kaseh
walaupun aku pernah berbuat salah
tetapi engkau selalu memaafan kesalahanku

engkau adalah hidupku
engkau adalah nadiku
engkau adalah nyawaku
engkau adalah duniaku
aku hidup KERANAMU 

engkaulah insan yang bergelar EMAK

betapa besarnya jasamu padaku 
aku akan terus menyayangimu bonda
 dulu, kini & selamanya

Terima Kaseh Untuk Segalanya
::Selamat Hari Ibu::

No comments:

Post a Comment