Wednesday, June 29, 2011

::mengimbas 'buku' lama itu::

teringat semalam.. tersenyum sendiri.. tertawa pabila teringatkan kenangan itu.. terasa seperti didalam mimpi.. tidak menyangka akan wujudnya kisah itu.. kenangan itu yang masih tersisip rapi di sudut hati..

biarpun hari ini semuanya telah berlalu, ia tetap bermain difikiran.. masih terasa.. masih menyala rasa itu.. owhh! kenangan itu indah sekali..

kagum? yaa sangat kagum dengan percaturan Yang Maha Esa.. Dia yang menjadikan jalan cerita ini.. aku yakin, akan ada sesuatu disebaliknya.. sudah pasti aku sebagai "pelakon" itu.. berlakon dipentas dunia sendiri semata mata untuk merungkaikannya..

aku bersyukur kerana diberi peluang melalui semua ini.. aku yang dipilih DIA..

"Kenangan akan tersimpan rapi di situ....."

No comments:

Post a Comment