Monday, May 23, 2011

::Nur Kasih The Movie::

Assalamualaikum
yeayy! akhirnya saya dah pegi tengok NKTM.. sangat seronok.. terharu tengok cinta manusia kepada Allah & cinta manusia sesama manusia.. ini baru dikatakan CINTA.. yup! terbaekkk!

meh sy story jalan cerita tu dengan secara kasarnya yaa.. cerita Nur Kasih bermula dengan kesedihan Aidil sebab isteri dia Alia meninggal dunia.. tak lame lepas tu, Adam pulak dapat berita gembira sebab Nur mengandung.. tapi yang malangnya, tiba tiba Nur keguguran.. lepas tu Adam akhirnya buat keputusan untuk bawak Nur pegi bercuti kat Jordan.. tapi malang tak berbau sebab Adam & Nur terlibat dengan kecelakaan namun alhamdulillah dorang terselamat.. mase kemalangan tu cincin Nur tertanggal dan hilang, lepas tu Adam nekad pegi balik tempat kemalangan untuk cari cincin Nur yang tertanggal mase kemalangan tu.. malangnya, Adam pulak hilang sebab ribut melanda.. dalam diam, Adam sebenarnya tak berape sihat sebab dari kejadian yang kat mumbai dulu tu(dalam drama bersiri)

so start dari situ laa dugaan bertimpa timpa Tuhan bagi kat Nur & Adam.. nak tawu ape dugaan dugaan tu? haa... tak boleh laa cerita kat sini.. kalau nak tawu, tengok filem tu sendiri.. tak rugi pun.. banyak pengajaran yang ade dalam filem tu.. serius... =))

dialog yang paling menyayat hati sy ialah 
"ku mohon padamu Ya Allah, ambil lah apa saja dari ku, kecuali NUR"
:') 


adam : ni lukisan nur ke lukisan abang?
nur : lukisan kita berdua.
adam : bukan berdua nur tapi bertiga.





lastly, cerita ni adalah persembahan yang bukan je mantap untuk hiburan, tapi sebagai renungan diri, betapa tingginya nilai seseorang di mata kita dan betapa tabahnya mereka menghadapi dugaan Yang Maha Esa. 

Sunday, May 22, 2011

::takziah diucapkan::

Assalamualaikum
humm, pertama sekali marilah kita dengan seikhlas hati sedekahkan al-fatihah kepada mangsa mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ruman Anak-anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat.. seperti yang kita tahu, seramai 25 orang yang terlibat dalam kejadian tersebut & mereka terdiri daripada anak-anak yatim, warden dan kakitangan Madrasah Al-Taqwa itu sendiri..

tadi sy dengar berita terkini tv3 pukul 11malam melaporkan 9 mangsa telah maut, manakala 9 lagi terselamat.. jumlah mangsa adalah 25 orang.. bermakna, masih ada lagi mangsa yang tertimbus.. sama sama lah kita berdoa agar misi mencari dan menyelamat berjalan dengan lancar.amin~

sedikit gambar ditempat kejadian untuk dikongsi bersama





kepada yang telah meninggal dunia, sy mendoakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan yang terselamat, semoga tabah menghadapi dugaan.. amin

Al-Fatihah

Friday, May 20, 2011

::senyum itu indah sebenarnya::

Assalamualaikum & Selamat Pagi
jam sekarang tepat pukul 0530.. still tak tido ke? eh, ehh kali ni bukan still tak tido, tapi dah bangun lorhh.. haa awal kan? selalunya kalau entry time time macam ni, mesti kes tak tido lagi kn? tapi kali ni dah bangun dah kot.. mesti tak caye kan? haa ni la penangan SENYUMAN.. hebat bukan?

before ni kalau sy bagitawu kat orang yang sy tak boleh tido malam, mesti dorang tanye "awak fikir ape ila? awk ok ke ni?" sekarang baru sy tawu, kenapa kalau tak tido malam je mesti orang kaitkan yang kita ade masalah or tengah pikirkan sumting.. memang betoi pun benda tuh.. dulu yang tak ley tido tu sebab hati ni tak senang pikir itu ini.. tapi alhamdulillah semalam pukul 2330 dah tido dah..

sy TENANG sangat sekarang dan yang paling sy suka, sampai sekarang sy maseh mampu tersenyum.. senyum tu pengubat segala masalah kan? tapi kalau nak senyum, kena laa ikhlas, insyaallah kita akan rase tenang.. actually senang je nak senyum neh.. ape yang diaperlukan ialah KEKUATAN DIRI yang secukup rase.. hekhekk.. kalau diri kita dah cukup kuat and redha dengan sesuatu perkara, insyaallah kita mesti mampu TERSENYUM, TERSENYUM dan TERUS TERSENYUM.. macam sy ni hah.. ngee~ =))
senyum itu maness bukan?

alhamdulillah sy bersyukur sangat sebab sy dah kembali kepada DALILA yang DULU.. Dalila yang si kuat tu.. Dalila yang penuh dengan sikap BERDIKARI dia tu(ade masalah ke tak de masalah ke, mesti belajar hadapi semua tu sorang diri) & Dalila yang selalu jadi penguat semangat kepade sape sape je yang tengah down.. yaa, dulu orang selalu cari sy kalau dorang down.. cari bukan untuk ape pun, cari sekadar nak berkongsi masalah & need some surport untuk "bangun" semula. 

 sekarang sy SELESA dengan apa adanya sy.. sekarang, sy BAHAGIA dengan kehidupan sy.. sekarang sy TENANG dan mula REDHA dengan semua kenyataan.. tentang ape yang dah pernah terjadi dulu, sy akan amek sebagai pengajaran dan pengalaman untuk terus mematangkan diri.

BANGUNNNNNN!!
Dah Pagi Lah
=))

Thursday, May 19, 2011

::teringat::

sy senyum.. iyaa, iyaa, tersenyum bila teringat kenangan kenangan yang lepas.. iyaa, iyaa, tersenyum bila teringat cara layanan dia.. iyaa, iyaa, sangat seronok.. sangat bahagia.. 

macam mana boleh teringat? humm tadi dah tak tahu nak berbuat apa, sy pun pergi wall dia.. jalan jalan kat wall dia dari atas sampai laaa bawah bawah .. tiba tiba ternampak post yg saya pernah post kat wall dia DULU.. then sy pun baca baca baca.. sambil baca sambil tersenyum.. sekarang pun masih tersenyum.. lalu sy abadikanlah dalam blog ni.. bukan apa, cuma mahu menyatakan yang sy teringat.. teringat masa dia maseh ada dengan sy.

saya hanya teringat
&
sedikit rindu

seorang kawan pernah berkata, rindu itu anugerah dari Allah.. jadi, sy sangat berterima kaseh kepada Allah kerana telah menganugerahkan sy rindu ini.. tak pa, tak pa, walaupun sedikit sakit, sy tetap terima.. kerana, sakit inilah yang akan menguji tahap kesabaran dan keredhaan sy terhadap sesuatu ujian. 


Alhamdulillah,
maseh tersenyum

 cuma
::sayarindukitayangdulu::

Monday, May 16, 2011

::Yeayy! TAHNIAH kepada saya::

humm baru sy tawu betapa benilainya seorang TEMAN.. sy sedar tingginya nilai seorang teman after sy hilang dia.. yess! dia.. cerita dia yang selama ni sy abadikan dalam post post yang lepas.. yess! dia laaa teman sy.. mesti ade yang ingat dia kekaseh buah hati cinta mati sy kan? hohOo no laa.. kami sekadar ''teman''.. relationship kami pun berlandaskan atas nama "NO NAME" tapi honestly sy SAYANG dia sangat..


teeettt!! eh, ehh, entry kali ni bukan sebab dia lohh.. entry kali ni totally bout me.. yup, Dalila Halim.. tapi ade laa selit sikit sikit tentang dia sebab dia laa punca sy macam ni dan disebabkan dia jugak laa ending sy jadi macam ni.. then kalau boleh entry kali ni sy tak nak karang panjang sangat.. nak cuba karang biar pendek tapi padat.. belum ape ape dah dua perenggan.. (pendek dan padat laa sangat) hahaha.. tu laa pasal.. adoii~

ok laa.. actually sy just nak bagitawu yang sy dah ok.. sangat ok.. lame jugak sy tunggu dia.. lame jugak sy perhatikan dia.. cume satu je yang sy harapkan dari dia, sy cuma nak dia jadi kawan sy balik even tak dapat jadi teman pun.. tapi until now, dia tak datang datang pun.. so sy dah sedar, maybe dah tibe masenya sy lepaskan dia.. ye, entry sy yang sebelum ni memang sy ade cakap sy lepaskan dia tapi hati ni still tak lepas kan.. 


alhamdulillah satu dua malam yang sudah, sy dah pun BERJAYA lepaskan dia.. bukan dari segi akal tapi hati ni pun dah lepaskan.. yaa, maybe dia bukan lagi untuk sy.. maybe dia dah jumpa sumone yang leih better dari sy untuk dijadikan teman.. tak pun, maybe dia dah ade sumone special, so untuk ape lagi dia stay ngan sy even sekadar kawan pun kan..

before ni sy penah cakap kat sorang kawan, sy cakap susah sangat nak lupakan dia.. then kawan tu cakap, memang susah sebab sy tak pernah bagi peluang pade orang laen untuk jadi teman sy.. pade mulanya sy nafi sekeras keras.. sy cakap, sy dah cuba cari kawan laen.. dah cuba bukak hati untuk terima kawan laen tapi dorang tak same macam dia.. then bila pikir pikir balik, mane ade orang yang same kat dunia ni.. sedangkan kita sendiri pun ade perubahan, inikan pulak orang laen.. so dari situ laa sy cuba bukak hati ni untuk berkawan berkawan dan berkawan  and alhamdulillah, sy dah boleh terima kawan baru sy..

tapi, kali ni sy akan lebih berhati hati.. sy tak nak terlalu sayang kan kawan baru sy macam mana sy pernah sayangkan dia sebab sy tak nak "SAKET" untuk kali ke dua, kalau satu hari nanti mereka pun hilang tanpa berita macam mana awak hilang and tinggalkan sy..

pade si awak : ape ape pun, terima kaseh sebab penah jadi TEMAN sy dalam jangka masa 6bulan tu.. sy mintak maaf sebab sy tak sanggup tunggu awk selame mane awak tunggu sy.. sy dah saket laa awk.. penantian tu satu penyiksaan.. sy pun nak mintak maaf sebab ego sy dah mula terbentuk.. by the way, THANKS A LOT

hidup ni hukum karma kan? what u give u get back.. what goes around comes around.. sy amek ape yang jadi kat sy ni sekadar KARMA UNTUK SY.. then, pade sape yang dah TERluka n TERsakiti sy dengan care sengaja mahupun tidak sengaja, dengan penuh keikhlasan sy berdoa pada tuhan supaya anda tak kan disakiti seperti mana sy disakiti.. sy harap Tuhan makbulkan doa sy ni..  amin~



pada kawan kawan saya, 
terima kaseh sebab jadi kawan saya taw
-ohh anda sangat mengong, sangat sporting-


Sunday, May 8, 2011

::EMAK::

tanggal 1/6/1962 seorang bayi perempuan telah lahirkan kedunia.. lahirnya beliau diiringi dengan bunyi tangisan.. lahirnya beliau diiringi dengan senyuman serta hilai tawa masyarakat sekeliling.. lahirnya beliau diiringi dengan azan yang dikumandangkan halus ke telinga dengan penuh kaseh sayang seorang insan yang bergelar ayah.

semakin hari, semakin jauh langkah diaturkan.. dari hanya sekecil tapak tangan, sehinggalah beliau bergelar remaja.. setelah tamat zaman remajanya, beliau melangkah setapak kehadapan untuk bergelar seorang isteri dan alhamdulillah, beliau berjaya mendirikan masjid dengan seorang insan yang sangat menyayanginya..

namun langit tak selalunya cerah.. ditengah perkahwinannya, Tuhan telah memberi sedikit dugaan.. mungkin dugaan itu adalah untuk menguji tahap kesabarannya sebagai seorang isteri kepada suaminya.. beliau telah dihadeahkan ''payung emas'' namun beliau masih utuh masih kuat untuk terus pelihara masjid yang telah dibina walaupun ada yang 'menumpang'.

disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. NOVEMBER 2003 lagi sekali Allah s.w.t telah mengujinya apabila dalam sekelip mata suami tercintanya telah kembali ke rahmahtullah sekaligus hilang dari pandangan dunia.. terkapai seorang insan yang kini bergelar balu untuk terus berdiri dan melangkah semata-mata ingin membesarkan kesemua 8orang anaknya.. demi kaseh sayang dan tanggujawab seorang ibu, beliau berjaya membesarkan kami.. 


EMAK
(Norizan bt Hashim)

 engkau yang telah melahirkanku
engkau yang telah mengasuhku
engkau yang telah menyusuiku
engkau yang telah mendidikku

kaseh sayang engkau tidak ada batasnya
kerana engkau tidak jemu mencurah kaseh
walaupun aku pernah berbuat salah
tetapi engkau selalu memaafan kesalahanku

engkau adalah hidupku
engkau adalah nadiku
engkau adalah nyawaku
engkau adalah duniaku
aku hidup KERANAMU 

engkaulah insan yang bergelar EMAK

betapa besarnya jasamu padaku 
aku akan terus menyayangimu bonda
 dulu, kini & selamanya

Terima Kaseh Untuk Segalanya
::Selamat Hari Ibu::

Friday, May 6, 2011

::duapuluhringgittujuhpuluhsen::

hehe... adehh macam mane nak start ye? maluu laa pulokk.. (ila, plzz berhenti dari terus senyum) opsss!! iyee iyee.. x senyum dah.. ngee~ cerita yang sy nak cerita ni terjadi petang semalam.. actually nak buat entry ni malam tadi tapi entah tibe tibe mood malam tadi bertukar jadi moody, gile bapak punya sedeh. (takpasalpasalmalamtaditidobertemankanairmata)


ceritanye macam ni
semalam lepas balik dari college, kami(sy, iqa n kama) terus pegi workshop sebab kereta ade problem sikit.. lepas settle, kami pun singgah laa kedai makan.. yelah, sebab sehari suntuk tak makan kot.. lapar gile.. then, sy pilih nak makam kat kedai SALATHAI.. telur bungkus dia sedap sehh..

kami pun order makan
org amek oder : minum ape?
sy : sy nak tea o ais 
(iqa & kama pun amek air yang same)
org amek oder : makan?
sy : bagi sy nasek puteh then buat telur bungkus 
(iqa & kama pun amek menu yang same gak)

pelik tak? kenape semua amek menu same?
sebabnye.... time tu kami ade rm20 je.. so tak nak amek menu yang harge dia berbeza takut nanti tak cukup duit.. lagipun kami memang dah terbiase kalau nak pegi college memang tak bawak pape.. duit tak bawak, wallet pun tak bawak.. melenggang bawak buku je.. entah macam mane semalam sy ngan kama masing masing bawak duit rm10 sorang.. memandangkan iqa malas nak balik hostel amek duit, sy pun cakap tak pe laa.. gune je duit yang ade.. rm20. tak kan tak cukup untuk bayar tiga orang makan kot.. amek pulak menu yang same.. kompom cukup lah.. confident gile.. gamble jer..

then dah selesai makan, sy pun suh laa abang tu kire.. 
tibe tibe dia bagitawu
dua puluh tujuh puluh sen

hahh?? berape?? rm27?? 
 iqa & kama terkejut beruk.. sy? sy macam biase je.. im a cool person kan.. so relax je laa(sebenarnye cuak gak, tapi dah terbiase wat wat relax.. maybe sebab sy bukan jenis cepat latah kot) lagipun time tu sy dengar macam abang tu cakap rm20.70 bukan rm27.00.. tu yang boleh relax je lagi.

then abang tu ulang ''dua puluh ringgit tujuh puluh sen'' haaa baru lega.. tapi kat kami mase tu ade rm20 je kot.. nahh!! gelabah member(iqa) pegi cari duit dalam kereta.. tibe tibe iqa buat isyaray yang dalam kereta dia tak de duit.. pulakk, lagi sekali tersentap.. time tu nak tegelak sangat tengok reaksi muka kama.. sy tawu time tu dia cuak tapi dia cover.. even cover pun, still nampak muke gelabah dia.. haha! 

assudohh... mane nak cekau lagi tujuh puluh sen? cari punya cari, tengok tengok ade duit sesat dalam kereta .. so dengan muka agak lega & agak bangga, kama pun bayar.. masuk je dalam kereta, kami pun ape lagi.. gelak laa tebahak bahak.. huhh...... thanks god.. kalau tidak tak tawu laa macam mana nak face abang tu.. kompom maluu... (- - )

Alhamdulillah
TUHAN TU SENTIASA ADA

p/s : moral of the story, kalau agak agak tak bawak duit lebih, jangan laa nak ade neat makan luar.. naseb baek naseb kami petang tu baek.. kala tidak.....?? haa... :)

::i wish::

everyday i wish you were here with me
it hurts that you can't be
if i could turn back the hands of time
you would still be mine

everyday i wish i could have known you better
so i cherish the time we had together
instead of thinking of you been gone
while i'm here all alone

everyday i wish i could call you
so that i could have someone to talk to
but maybe someone took you away from me
and all i can say is

''SAYA MASIH SAYANGKAN AWAK''
&
''SAYA MASIH PERLUKAN AWAK''

~ mishyuu much ~
(-- , --)



Wednesday, May 4, 2011

::andai itu yang terbaek untuk mu::

aku cuba untuk mengerti
aku cuba untuk fahami
kini, segalanya ku mengerti
kini, segalanya ku fahami
(walau terpaksa merana diri)

walau masih lagi keliru,
akan ku biar ia berlalu.
walau masih terasa ragu,
akan ku cuba hapuskan ragu itu

jika benar diri ini pernah disayangi,
janganlah aku terus dilukai.
jika benar diri ini tidak mampu disayangi lagi,
akan ku CUBA melangkah pergi

cuma sedikit terkilan dihati,
kerana diriku digantung tak bertali
cuma satu pinta dihati,
jangan terus biarkan aku sebegini.

tapi, 
andai itu yang terbaek untuk mu,
aku relakan ia terjadi
andai itu yang terbaek untuk mu,
aku relakan kau pergi
andai itu yang terbaek untuk mu,
aku rela kembali menyendiri

- menanti sebuah jawapan -





Tuesday, May 3, 2011

::haHahaHa::

hahahahhaha

kuang kuang kuang
gelak? ermm gelak kot, tak pun senyum.. kuat? ermm tak kuat, sebab tak de bunyi pun.. happy? ermm happy kot tapi tak tawu happt ke tak..  frust? frust ke hah?? kalau frust, kenape boleh hahaha pulak kan? hehe.. entah laa.. tak tawu nak describe macam mane.. tibe tibe terase nak gelak gelak.. senyum senyum.. sengeh sengeh.. adehhh geli hati geli hati..

kompius? heran? pelik? 
hari ni kan hari pertame sy final exam.. first paper is marketing.. sebenarnya, yg hahaha tu adalah perkara pertama yang sy buat lepas melangkah keluar dewan.. hanya mampu tersenyum.. hanya mampu tergelak KECIL.. actually soalan tadi sedikit susah laa.. eh, ehh silap, AGAK susah laa.. tapi sy tak tawu kenapa sy hanya mampu tersenyum.. nak kate frust, tak jugak.. nak kate happy, tak jugak.. nak kate serabut pun tak jugak.. perasaan sy sekarang?? ALHAMDULILLAH SANGAT TENANG 
(rase berbunga bunga)

TERtido dalam dewan exam
yeayy!! ni part yang paling best.. tido dalam dewan exam.. hebat bukan?? (jangan nak hebat sangat) alaaa, TERtido je pun.. mengantuk sangat sangat.. dah laa pagi tadi lepas subuh baru tido.. so no wonder laa boleh TERtido dalam dewan tadi.. tapi tak lame pun.. kejap je.. then, lagi satu part is, hari ni sy tak makan ape ape.. dah macam orang puase pulakk.. lepas habis jawab paper tadi, baru sy sedar yang hari ni langsung tak makan.. bangun dari tido pukoi 1030 pagi tadi terus amek notes then continue study.. so lupe pulakk nak makan.. lapar?? tak rase lapar pun. 

REDHA
humm so ape yang sy dah jawab tadi, sy tak nak fikir lagi dah, sebab dah habis dah pun.. just nak tunggu result je.. then untuk sekarang, sy just nak relax relax tido tido.. then malam nanti study paper for tomorrow pulak.. subject?? BIOSTASTISTIC!! actually sy tak berape minat ngan subject tu.. tapi tak pe, sy cube.. cube buat yang terbaekkk


hope sy akan terus tersenyum walaupun sy sendiri tak tawu ape punca sebenar yang menbuatkan sy tersenyum


Sunday, May 1, 2011

::mei sama dengan bulan lima::

Assalamualaikium

(pejam mate+tarik nafas)
macam mane nak start ye? sebenarnye sy tak tawu nak buat entry abaout what.. tak tawu ke? tawu kot.. tapi macam tak tawu.. tapi macam tawu.. kalau tawu kenape macam tak tawu.. kalau tak tawu, kenape macam tawu pulak neh?? hahh!! pulakkk!! parah parah.. pade sape yang 'kenal' sy, mesti dia tawu ape yang sy tawu & tak tawu ni.. mesti dia faham ape yang sy nak cube sampaikan.. 

ok ok.. sy cube sy cube
sebenarnye sy tak percaye yang hari ni dah masuk bulan lima.. pejam celik pejam celik. dah masuk bulan lima.. exam!! yess final exam.. rase macam tak nak amek exam ni..  tak nak tempuh pagi exam tu.. tak nak tempuh pintu masuk hall.. tak nak tempuh lepas jawab exam tu.. tak nak tempuh paper esoknya tuh.. semua sy tak nak tempuh(bkn xnk, tpi tkut xkuat)

 GUD LUCK
mungkin bagi sesetengah orang, ucapan gud luck tu tak bermakne.. tapi bagi sy, ucapan tu laa yang paling sy hargai.. sebab dengan ucapan tu laa sy kuat.. andai kate sy stuck time nak jawab exam, mesti sy ingat balik ucapan tuh then insyaallah sy cube 'bangun'.. bangun sebab ingat ade orang yang letak harapan tinggi kat sy..  bangun sebab ingat ade orang yang nak sy jawab semua soalan yang ade atas paper tuh.. bukan kate ucapan gud luck tu je, ucapan selamat malam selamat pagi tu pun sy rase bermakne and berharge sangat.. rase tak complete kalau tak dapat ucapan selamat malam selamat pagi tuh.. tapi........ humm... betul laa... kat dunia ni kan tak de yang kekal.. 

K.U.A.T
sy harap sy kuat walaupun 'penguat semangat' sy dah tak de untuk bagi semangat kat sy dua hari bulan lima ni nanti.. sy harap sy kuat walaupun 'penguat semangat' sy dah tak de untuk sy share ape yang sy jawab atas peper tu nanti.. sy harap sy kuat walaupun 'penguat semangat' sy dah tak de untuk pujuk sy kalau ade paper yang sy tak ley jawab nanti.. AMIN~