sahabat atau kekasih
dua peranan yang pastinya berbeza
namun jika diberi pilihan
pasti sukar untuk memilih antara dua itu
tanpa ku sedar
aku mula terkenangkannya
sahabat itu... yang telah berlalu pergi
berlalu pergi tanpa soal bicara
dulu, kamu tempat aku melepaskan hiba
dulu, kamu tempat aku bergelak tawa
kini, tiada lagi semua itu
kini, ia hanyalah secebis kenangan
namun aku tidak pernak mengalah
masih menanti kepulanganmu disisi
biarpun seberapa lama menanti
kerana ikatan ini haruslah abadi
"kembalilah bertaut ditangan ini"
No comments:
Post a Comment