Saturday, April 2, 2011

::kalau satu hari nanti::

assalamualaikum... wahh sopan je kan bile bagi salam macam ni.. hyepss... jawab laa.. tak jawab dose.. wah (lagi sekali wahh) kenapakah? entry diawal bulan.. macam tak caye je kan(rajin plak ila wat entry) bukan rajin laa.. kebetulan semenjak dua ni ade sedikit perkara yang terjadi kat sy, so dalam kepale ni mula laa idea nak mengaranag tu belambak lambak sikit.. layan je la ea.. ok ok.. back to our topic..

sy pernah dengar satu pepatah ni.. bunyi pepatah tu macam ni "jangan sedih kalau Tuhan hilangkan MATAHARI.. Tuhan hilangkan MATAHARI sebab Dia nak hadeahkan kita dengan PELANGI pulak"
 (something like that laa) 

haa nak dijadikan cerita, dua hari lepas sy teringat tentang pepatah tu.. then sy terus teringat tentang satu kejadian tuh.. kejadian apakah? hummm, dua tiga minggu lepas, Tuhan dah ambik 'matahari' sy.. ha'ah 'matahari' sy.. lepas matahari tu hilang, sy ditimpa hujan.. lebat sangat.. letih sangat.. penat sangat.. hampir give up.. rase macam hidup dalam kegelapan mesti la gelap, dah tak de mataharikan?(ciss!! statement cannot go la ila. hehee) tibe tibe sy teringat pepatah tu ade kate, 'Tuhan hilangkan matahari untuk Dia anugerahkan pulak pelangi'' until now, sy still pegang kata kata tuh.. 

SILA LIHAT TAJUK

kalau satu hari nanti Tuhan bagi sy PELANGI, sy tak nak tukarkan PELANGI tu jadi MATAHARI macam mana sy pernah tukar MATAHARI tu daripada PELANGI

sebab bila pelangi tu hilang nanti, senang saya nak set dari awal yang pelangi memang tak kan stay lame


kalau satu hari nanti Tuhan bagi saya PELANGI, saya tak nak bagi kaseh sayang saya kat PELANGI tu macam mana saya pernah bagi kat MATAHARI

sebab bila pelangi tu hilang nanti, saya tak nak pelangi tu sakit



kalau satu hari nanti Tuhan bagi sy PELANGI, sy tak nak cipta kenangan banyak banyak macam mana sy pernah cipta kenangan dengan MATAHARI

sebab bila pelangi tu hilang nanti saya tak nak asyik teringat kat pelangi je


kalau satu hari nanti Tuhan bagi saya PELANGI, saya tak nak bergantung sangat kat PELANGI tu macam mana sy bergantung kat MATAHARI

sebab bila pelangi tu hilang nanti, saya boleh terus berdikari 



kalau satu hari nanti Tuhan bagi sy PELANGI, sy tak nak sayang dia macam mana sy pernah syg MATAHARI

sebab bila pelangi tu hilang nanti, senang untuk saya lupakan dia


kalau satu hari nanti Tuhan bagi saya PELANGI, saya akan belajar dari awal, yang satu hari nanti PELANGI tu pun akan hilang macam MATAHARI

sebab
sebab
sebab

kat dunia ni tak kan ade yang kekal
setiap yang bermula mesti akan  berakhir
setiap yang bertemu mesti akan berpisah
setiap yang datang, mesti akan pergi
setiap yang hidup mesti akan mati
.


(:

No comments:

Post a Comment