Wednesday, April 13, 2011

::hati perempuan::

kadang dia sering MENYEMBUNYIKAN satu rasa yang SAKIT pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. kerana menangis dia dalam senyap.. menangis dia dalam hatinya.. deritanya sukar kita faham kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir, sesungguhnya di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya dan seolah telah HILANG SATU KEKUATAN DIRI kerana selalu menahan dari mengalirkan air mata itu.. dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia akan melakuka perkara di luar kawal.. bimbinglah dia.. TENANGKAN LAH HATINYA.

disaat menitisnya airmata itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji TAKKAN MELUKAI lagi perasaannya, dia akan menerima kata kata tersebut sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. dan jika kamu berpesan jangan menagis lagi dan akan menjaganya, lantas dia akan mengenggam erat kata katamu itu.. di dalam hatinya, dia berazam tak kan melupakannya hingga akhit hayat.

dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu.. janganlah kamu beranggapan bahawa tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu kerana dia sengaja memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu.. dia berbuat sedemikian kerana hatianya amat berbunga sekiranya seseorang yang dia sayangi memberitahu sedang merindukannya.. apabila perempuan kata dia RINDU kan kamu, dia benar benar memaksudkannya.. kadang kadang sehingga dia tidak dapat melakukan kerja kerana terlalu merindu.. oleh itu, JANGAN lah kamu MENINGGALKANNYA.

SEKALI dia sudah jatuh hati, amat susah untuk dia melepaskanmu walau dibibir menyatakan bahawa mahu melepaskan.. tidak dinafikan  dia terlalu emosional tapi dia lah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan yang terjadi pada diri kamu.

percayalah, hati perempuan SANGAT LEMBUT.. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikiran dalam masa beberapa saat.. kata orang, keras keras hati perempuan, mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.



..selamilah hati ini..



No comments:

Post a Comment